STATUS BANKRAP : Apa yang harus anda lakukan?

PENDAHULUAN Kebankrapan bukanlah suatu isu baru dalam masyarakat Malaysia pada hari ini. Di sini, kita akan cuba mengupas langkah demi langkah bagaimana proses ini berlaku. Penerangan ini diharap dapat sedikit sebanyak membantu golongan yang telah diisytihar sebagai ‘si bankrap’ atau yang hampir-hampir mendapat gelaran tersebut memahami dengan lebih mendalam berkenaan hal ini dan menguruskan proses berkaitan dengan teratur. Blog ini memaparkan beberapa maklumat yang diambil terus dari Portal Rasmi Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) http://www.insolvensi.gov.my disamping sebahagian maklumat diperolehi berdasarkan pengalaman individu yang terbabit. Ia juga disusun bagi tujuan berkongsi pemahaman dan pengalaman serta tidakan-tindakan yang boleh diambil oleh individu berkenaan dalam menghadapi situasi ini. Pembaca dinasihati supaya merujuk laman sesawang diatas atau menghubungi sendiri pegawai Insolvensi sekiranya terdapat kemusykilan lain yang tidak dinyatakan di dalam blog ini....