STATUS BANKRAP : Apa yang harus anda lakukan?
Kebankrapan
bukanlah suatu isu baru dalam masyarakat Malaysia pada hari ini. Di sini, kita
akan cuba mengupas langkah demi langkah bagaimana proses ini berlaku.
Penerangan ini diharap dapat sedikit sebanyak membantu golongan yang telah diisytihar sebagai ‘si bankrap’ atau yang hampir-hampir mendapat gelaran
tersebut memahami dengan lebih mendalam berkenaan hal ini dan menguruskan
proses berkaitan dengan teratur.
Blog ini memaparkan beberapa maklumat yang
diambil terus dari Portal Rasmi Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) http://www.insolvensi.gov.my disamping
sebahagian maklumat diperolehi berdasarkan pengalaman individu yang terbabit.
Ia juga disusun bagi tujuan berkongsi pemahaman dan pengalaman serta
tidakan-tindakan yang boleh diambil oleh individu berkenaan dalam menghadapi
situasi ini. Pembaca dinasihati supaya merujuk laman sesawang diatas atau
menghubungi sendiri pegawai Insolvensi sekiranya terdapat kemusykilan lain yang
tidak dinyatakan di dalam blog ini.
APA ITU KEBANKRAPAN?
Kebankrapan merujuk kepada satu proses di mana
seorang penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah Mahkamah. Segala harta
kepunyaan seorang bankrap terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI)
dan KPI bertanggungjawab untuk mentadbir, menghasilkan dan menjual semua harta
tersebut bagi menyelesaikan hutang yang ditanggung oleh si bankrap. Hasil
jualan harta akan diagihkan kepada pemiutang yang memfailkan bukti hutang dalam
kes kebankrapan.
PUNCA BANKRAP
Berdasarkan
carta yang dibuat sepanjang tahun 2005 sehingga tahun 2012, kebanyakan kes
bankrap adalah berpunca daripada pinjaman sewa beli kenderaan, diikuti keberhutangan
yang lain, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman perniagaan dan
lain-lain.
JENIS
PERMOHONAN BANKRAP
Seseorang hanya boleh diisytiharkan bankrap oleh PERINTAH MAHKAMAH sama ada melalui:-
- permohonan daripada PEMIUTANG iaitu pihak bank; atau
- permohonan daripada INDIVIDU itu sendiri.
- permohonan daripada PEMIUTANG iaitu pihak bank; atau
- permohonan daripada INDIVIDU itu sendiri.
TINDAKAN AWAL UNTUK MENGELAKKAN
BANKRAP
Apabila seseorang mempunyai tunggakan bayaran
selama beberapa bulan, pihak bank akan menghubungi individu tersebut dan meminta
agar beliau menghadirkan diri di cawangan yang berkenaan bagi tujuan rundingan.
Antara topik yang akan dibincangkan ialah pengurangan kadar bayaran mengikut
kemampuan penghutang serta lanjutan tempoh bayaran yang boleh dibuat. Sekiranya
kedua-dua belah pihak berjaya mencapai satu persetujuan bagi menyelesaikan
permasalahan yang timbul, maka penghutang tidak akan diisytihar bankrap oleh
pihak bank tersebut.
SEMAKAN STATUS BANKRAP
Terdapat
2 cara untuk mengetahui samada anda telah diisytihar sebagai bankrap atau tidak
iaitu;-
- membuat semakan melalui kaunter carian di Ibu Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia. Caj yang dikenakan ialah sebanyak RM 10.00; atau
- membuat semakan melalui laman sesawang di www.insolvensi.gov.my atau melalui myeg.com.my. Caj yang dikenakan ialah sebanyak RM 12.00.
Cara
diatas adalah bagi individu yang tidak menerima NOTIS KEBANKRAPAN dari pihak
Insolvensi atas sebab pertukaran alamat kediaman.
PROSEDUR
YANG PERLU DIIKUTI APABILA TELAH DIISYTIHAR BANKRAP
Apabila seseorang telah dihukum bankrap oleh
mahkamah, beliau mesti hadir ke cawangan yang mentadbir kes kebankrapan MdI.
Cawangan yang mentadbir kes bankrap biasanya adalah salah satu yang terdekat
kepada Mahkamah Tinggi yang mana perintah kebankrapan telah dibuat. Apabila dia
menghadirkan diri di cawangan tersebut, beliau akan diperlukan di bawah
undang-undang kebankrapan untuk memberikan butir-butir dalam sesi pertanyaan
awal, antara lain butiran mengenai nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat
kediaman, ahli keluarga dan sebab-sebab kebankrapan. Bankrap juga akan
dikehendaki untuk memfailkan Penyata Hal
Ehwal yang memerlukan beliau untuk mendedahkan aset dan liabiliti kepada
KPI.
TANGGUNGJAWAB SEORANG BANKRAP
Setelah mendapat
perintah kebankrapan dan sepanjang tempoh kebankrapan, seorang bankrap mesti
memberi kerjasama penuh dengan KPI dalam pentadbiran kebankrapan dan
merealisasikan aset beliau. Bankrap perlu menyediakan maklumat mengenai aset
dan liabiliti, transaksi kewangan dan perkara lain yang berkaitan.
Tanggungjawab bankrap
termasuk:
- Menghadirkan diri di pejabat KPI secepat mungkin apabila menerima Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dan lain-lain mesyuarat berikutnya dengan KPI apabila dimaklumkan perkara berkenaan;
- Menyerahkan semua aset kepada KPI;
- Mengemukakan Penyata Hal Ehwal yang lengkap;
- Mengemukakan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan setiap enam (6) bulan;
- Menghadiri semua mesyuarat bersama pemiutang;
- Membuat sumbangan/bayaran terhadap estet kebankrapan daripada 10% pendapatan peribadi;
- Dilarang menerima sebarang pemberian wang/kredit sebanyak RM 1,000.00 atau lebih daripada mana-mana pihak tanpa memaklumkan pemiutang status beliau sebagai seorang bankrap;
- Tidak membuat pembayaran secara terus kepada pemiutang;
- Memaklumkan kepada KPI atas perubahan nama, alamat, nombor telefon, pendapatan, harta dan maklumat lain yang berkaitan; dan
- Memberi maklumbalas atas pertanyaan KPI dalam masa yang ditetapkan.
PERBEZAAN ANTARA PEMBATALAN PERINTAH
KEBANKRAPAN DAN PELEPASAN PERINTAH KEBANKRAPAN
Pembatalan merujuk
kepada penamatan Perintah Kebankrapan yang telah dibuat terhadap seorang
bankrap, seolah-olah beliau tidak pernah dibankrapkan.
Sebaliknya, Pelepasan Perintah Kebankrapan
melepaskan anda dari kesemua hutang-hutang yang boleh dibuktikan dalam
kebankrapan kecuali hutang kepada Kerajaan, Negeri dan Peguam Negara yang
berkaitan dengan bon-bon wang jaminan dan mana-mana hutang boleh dibuktikan
yang mana disebabkan oleh penipuan atau pecah amanah.
DOKUMEN BERKAITAN
Sekiranya berminat, anda boleh mendapatkan contoh
dokumen-dokumen yang berkaitan di dalam e-book INSOLVENSI
dengan harga RM 10 sahaja.
Antara CONTOH dokumen yang dilampirkan di dalam e-book
ini ialah:
a) Notis
Kebankrapan;
b) Pernyataan
Hal Ehwal;
c) Pernyataan
Pendapatan dan Perbelanjaan 6 bulan;
d) Butiran
terperinci bagi Perbelanjaan Rumah;
e) Butiran
terperinci bagi Lain-lain Perbelanjaan;
f) Hak-hak
dan Tanggungjawab sebagai seorang ‘Bankrap’; dan
g) Surat Perakuan Pembiayaan Penginapan serta Utiliti.
Assalamualaikum. Macamana ye nak tahu jumlah bankrap tu? Sbb yg boleh semak kt einsolvensi tu hanya status sama ada bankrap atau tidak
BalasPadamWaalaikumussalam
BalasPadamJumlah bnkrap blh tahu dr bnk yg mohon pengisytiharn bnkrap..tnya pd pihak insolvensi utk tahu bnk yg mna..lps tu blh la ke bnk berkenaan utk semakn..
Maaf nak tny, kalau baru dpt surat untuk hadiri perbicaraan bangkrap bermakna belum jatuh bangkrap kah?
BalasPadamDan, bagaimana jika si bangkrap tidak punyai apa2 harta / aset dan berstatus seorang suri rumah.
Sekiranya baru terima surat untuk perbincangan maksudnya belum dijatuh hukuman. Sila ke cawangan berkenaan secepat mungkin.
PadamMaaf nak tny, kalau baru dpt surat untuk hadiri perbicaraan bangkrap bermakna belum jatuh bangkrap kah?
BalasPadamDan, bagaimana jika si bangkrap tidak punyai apa2 harta / aset dan berstatus seorang suri rumah.
Maaf nak tny, kalau baru dpt surat untuk hadiri perbicaraan bangkrap bermakna belum jatuh bangkrap kah?
BalasPadamDan, bagaimana jika si bangkrap tidak punyai apa2 harta / aset dan berstatus seorang suri rumah.
Adakah hutang kad kredit rm7000 boleh diisytihar muflis?
BalasPadamMr. Sasi - I need to talk to you. kindly advise me how to contact u.
BalasPadamThank you.
Apa yg di maksudkan pelepasan status bankrap?
BalasPadamSetelah 5 thn membayar..layak takb mohon pelepasan wlpn hitang blm habis byr
Apa yg di maksudkan pelepasan status bankrap?
BalasPadamSetelah 5 thn membayar..layak takb mohon pelepasan wlpn hitang blm habis byr
Saya seorang penjamin siberhutang berjumlah kira2 RM21 ribu kepada MARA. Saya telah diisytihar bangkrap tapi tidak menerima surat dari mana2 pihak. Saya tahu hanya ketika hendak ke luar negara menunaikan umrah dan ditahan oleh Jabatan Imigresen.
BalasPadamRakan dan saya seramai 5 orang sebagai penjamin ( 3 orang telah meninggal dunia , siberhutang juga telah meninggal dunia ) turut dikenakan tindakan bangkrap.
Ingin tahu, bolehkah saya memohon dilepaskan dari bangkrap dengan tujuan menunaikan ibadah umrah. Bukan untuk makan angin keluar negara ?.
Pembatalan kes bangkrap perlu melalui lawyer atau boleh diselesaikan sendiri. Bila guna lawyer kena bayar lagi....
BalasPadam