Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Muflis: Kereta habis bayar boleh tukar nama?

Imej
Ramai individu yang baru diisytihar sebagai 'Muflis' atau 'Bankrap' tidak tahu bagaimana cara menguruskan harta benda yang dimiliki. Sekiranya anda merujuk kepada pihak Jabatan Insolvensi, mereka akan mengarahkan anda supaya menyerahkan semua aset yang dimiliki dibawah kelolaan mereka. Aset-aset ini akan digunakan untuk melunaskan hutang-hutang anda kepada pihak bank.               Namun begitu, jika anda merasakan terdapat aset penting yang diperlukan untuk menyara kehidupan masa hadapan, contohnya seperti kenderaan, maka anda masih berpeluang menggunakannya dengan syarat:- kenderaan tersebut sudah habis bayar, dilakukan dalam masa yang terdekat, iaitu sebelum penyerahan no. akaun oleh pihak Insolvensi untuk membuat bayaran bulanan, masih belum menyerahkan geran asal kepada pihak Insolvensi, mempunyai isteri atau anak-anak atau saudara-mara yang boleh meminjamkan nama mereka untuk ditukarkan hak milik. Selain itu, anda...