Muflis: Kereta habis bayar boleh tukar nama?

Ramai individu yang baru diisytihar sebagai 'Muflis' atau 'Bankrap' tidak tahu bagaimana cara menguruskan harta benda yang dimiliki. Sekiranya anda merujuk kepada pihak Jabatan Insolvensi, mereka akan mengarahkan anda supaya menyerahkan semua aset yang dimiliki dibawah kelolaan mereka. Aset-aset ini akan digunakan untuk melunaskan hutang-hutang anda kepada pihak bank.




      
       Namun begitu, jika anda merasakan terdapat aset penting yang diperlukan untuk menyara kehidupan masa hadapan, contohnya seperti kenderaan, maka anda masih berpeluang menggunakannya dengan syarat:-
  1. kenderaan tersebut sudah habis bayar,
  2. dilakukan dalam masa yang terdekat, iaitu sebelum penyerahan no. akaun oleh pihak Insolvensi untuk membuat bayaran bulanan,
  3. masih belum menyerahkan geran asal kepada pihak Insolvensi,
  4. mempunyai isteri atau anak-anak atau saudara-mara yang boleh meminjamkan nama mereka untuk ditukarkan hak milik.


Selain itu, anda juga boleh menjual kenderaan tersebut kepada pihak ketiga sekiranya memerlukan modal untuk meneruskan kehidupan harian sementara ingin merangka perancangan bagi menghadapi situasi baru yang bakal anda tempuhi dimasa akan datang. Setelah proses jual-beli dan tukar nama berjaya dilakukan, simpanlah hasil jualan tersebut di dalam akaun individu terdekat yang boleh dipercayai kerana dikhuatiri akaun-akaun bank anda akan dibekukan pada bila-bila masa sahaja.

       Maklumat diatas penulis kongsikan disini dengan harapan dapat membantu individu-individu yang telah diisytihar 'Muflis' atau 'Bankrap' untuk menyara kehidupan masa hadapan mereka. Ramai dalam kalangan golongan ini yang teraniaya dek kerana kurang pengetahuan berkenaan perkara-perkara yang boleh dilakukan apabila mendapat gelaran tersebut. Janganlah takut atau berputus asa, bahkan seharusnya anda menjadi lebih bersemangat dan berusaha sedaya upaya untuk menarik balik gelaran 'Muflis' demi menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Semoga berjaya!!!  

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Salam.nk tyn sy bru je tahu nama sy diistiharkan muflis tanpa pengetahuan sy...tapi sblm ni sy ada kereta wira bru shja habis byr & sblm ni byaran kereta bkn sy yg byr wpun nama sy tapi bulanan bapa sy yg byr & bapa sy yg pakai....so arwah bapa sy bru je meninggal & kereta tu tlh disambung byr oleh ank angkat emak sehinggalh dh habis byr kereta..soalan sy blh kan sy nk ambik geran kereta di bankmsdgkn sy bru tahu sy muflis & kereta tu jgk nk ditukar milik krana sblm diistiharkan muflis sy tlh menjual kereta wira itu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

STATUS BANKRAP : Apa yang harus anda lakukan?

E-BOOK KERTAS KERJA PERNIAGAAN YANG BAIK DAN LENGKAP