E-BOOK KERTAS KERJA PERNIAGAAN YANG BAIK DAN LENGKAP
Post kali ini penulis ingin berkongsi
pandangan berkenaan cara menghasilkan kertas kerja perniagaan yang baik. Tidak dinafikan,
banyak contoh kertas kerja perniagaan yang boleh didapati secara atas talian. Namun
begitu, adakah dengan merujuk kepada contoh-contoh ini sahaja kita dapat
menghasilkan kertas kerja yang berpotensi untuk diterima oleh pihak yang
berkenaan?
Selain contoh kertas kerja, kita
juga boleh menggunakan khidmat syarikat @ individu tertentu dalam merangka
kertas kerja @ rancangan perniagaan yang baik. Tentu sekali anda akan mendapat
hasil yang berkualiti. Tetapi perlu diingati, sekalipun anda menyerahkan tugas
ini kepada orang lain, anda masih tidak terlepas dari tanggungjawab penting
iaitu membekalkan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi memastikan hasil kerja
tersebut menepati kehendak anda dan pihak yang terlibat.
Sebelum
kita meneruskan perbincangan mengenai perkara-perkara yang diperlukan dalam
menghasilkan kertas kerja @ rancangan perniagaan yang lengkap, terlebih dahulu kita
perlu tahu ASPEK PENTING yang menentukan
kejayaan sesebuah kertas kerja iaitu:
1) Tujuan kertas kerja / rancangan
perniagaan dibuat
2) Hala tuju / perancangan masa hadapan bagi
perniagaan mestilah jelas dan disertai dengan langkah-langkah yang bakal
dijalankan
3) Maklumat yang tepat dan berkaitan dengan
perkara yang ingin disampaikan
4) Penggunaan bahasa yang mudah difahami
Menghasilkan
kertas kerja perniagaan bukanlah suatu perkara yang mudah. Selain membekalkan maklumat
penting tentang perniagaan yang dijalankan, ia juga memerlukan kepada data-data
luar yang betul dan tepat. Namun begitu, hanya pemilik perniagaan dan
kakitangan pengurusan sahaja yang memahami perkara ini.
Diantara isi kandungan yang perlu ada di dalam kertas
kerja @ rancangan perniagaan yang lengkap ialah : Kami ada menjual layout / rangka kertas kerja / rancangan perniagaan yang mengandungi perkara-perkara diatas dengan harga RM 30 sahaja. Anda hanya perlu mengisikan maklumat-maklumat tentang syarikat anda disamping menyertakan sekali data-data yang diperlukan di dalam layout kertas kerja @ rancangan perniagaan ini.

Terdapat juga jadual-jadual berkaitan yang telah
tersedia.
Layout / rangka kertas kerja ini adalah secara
umum. Anda perlu mengeditnya
bersesuaian dengan bentuk perniagaan yang ingin anda jalankan. Layout ini bukan penentu kejayaan anda mendapatkan pinjaman
dari pihak yang berkaitan. Ia sekadar mendedahkan anda kepada format kertas
kerja yang betul disamping memberi peluang kepada anda untuk menghasilkan
sendiri kertas kerja perniagaan. Semoga berjaya!!!
Ulasan
Catat Ulasan